Amar Rohidan Kecapi Kejayaan Bermakna Sebagai Jurulatih
Liga M4
Majlis Sukan Negeri Perlis
Advertisements

Satu video TikTok yang tular semalam memperlihatkan keceriaan bekas pemain kebangsaan, Amar Rohidan sebagai jurulatih.

Ini selepas pasukan yang dibimbing beliau, Guar Syed Alwi FC (GSA FC) muncul juara Liga Super Perlis 2023 selepas mengatasi cabaran Lion Junior FC 1-0 dalam aksi final semalam.

Gol tunggal perlawanan disumbang pemain GSA, Muhammad Arif Nadzman pada minit ke-70. Kejayaan ini menyaksikan GSA muncul juara dengan Lion Junior terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara.

Advertisements

Semasa aktif sebagai pemain bola sepak, Amar pernah mewakili Perlis, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Felda United dan Kelantan FC.

Beliau pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali, Liga Super (sekali) dan Piala FA (sekali). Amar juga merekodkan 32 penampilan bersama Harimau Malaya dari 2009 hingga 2012.

Advertisements

Tempoh tersebut turut menyaksikan beliau membantu pasukan yang dibimbing Datuk K. Rajagopal itu muncul juara Piala AFF pada 2010.

Ringkasnya, Liga Super Perlis ialah inisiatif sukan kerajaan negeri Perlis dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan dikelola Majlis Sukan Negeri Perlis (MSNP). Penganjuran liga ini bertujuan mengenalpasti bakat-bakat baru bola sepak negeri berkenaan.

Advertisements

Liga ini turut mendapat pengiktirafan daripada Amateur Football League (AFL) sebagai liga yang berstatus M5 iaitu liga amatur tahap ketiga di Malaysia.

Selain Amar, lawan GSA semalam, Lion Junior turut dibimbing oleh rakan lama beliau iaitu Azmizi Azmi. Azmizi pernah mewakili Perlis, Perak FC, Kedah, PKNS FC dan Perlis United FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram