Amirudin Shari Komited Dengan Pelan Strategik Realisasikan Stadium Baru Selangor FC
Highlight
Amirudin Shari
Advertisements

Menteri Besar Sementara Selangor, YAB Dato’ Amirudin Shari optimis untuk merealisasikan hasrat bagi melihat stadium baharu Selangor FC dibina.

Menerusi satu penjelasan dalam segmen Keluar Sekejap (KS), Ahli Parlimen Gombak ini memberi penjelasan tuntas mengenai tawaran yang telah dikemukakan kepada pasukan The Red Giants sekiranya Kerajaan Perpaduan diberi mandat untuk kekal menerajui negeri tersebut.

Seperti yang sedia maklum, Amirudin dan pasukannya telah memberikan beberapa tawaran lumayan dalam manifestonya untuk membantu melonjakkan prestasi pasukan Salangor termasuklah kemampuan pasukan bersaing di peringkat akar umbi dan juga pasukan utama.

Advertisements

Namun begitu, perkara yang menjadi keutamaannya adalah untuk memastikan bahawa stadium baharu Selangor dapat direalisasikan mengikut perancangan.

Perbincangan kini sedang giat dijalankan untuk meneliti pelan untuk membina stadium baharu Selangor namun memiliki perancangan lebih baik bagi jangka masa panjang negeri Selangor.

Advertisements

“Kita sudah mengenal pasti beberapa keping tanah untuk diputuskan dalam mesyuarat kerajaan negeri kemudian. Kita dah kenal pasti 13-20 keping tanah.”

“Idea asal adalah untuk membuat pembinaan semula stadium di tapak Stadium Shah Alam sama ada membina yang baru atau refurbished. Akan tetapi, melihat kepada keadaan Shah Alam yang begitu sesak dan berdepan beberapa isu seperti banjir, maka kita putuskan agar stadium itu menjadi stadium serbaguna.”

Advertisements

“Ada juga tempat seperti teater dan kawasan orang ramai yang boleh dibangunkan oleh MRCB,” jelas beliau.

Amirudin menetapkan bahawa tahun 2026 merupakan tahun siap pembinaan stadium dan merangka penyelesaian terbaik bagi pembinaan stadium tersebut.

Advertisements

Berdasarkan perancangan asal, cadangan Projek pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) telah dibentangkan dengan perancangan projek akan dibina di kawasan berkeluasan 80 hektar.

Pelbagai kemudahan juga akan dibina sekitar stadium merangkumi masjid, pusat komersil, taman permainan, tempat letak kereta dan padang latihan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram