Amirul Azhan: Tinggalkan Perak Kerana Tidak Mahu Menunggu Sesuatu Yang Tidak Pasti
Dunia
Perak FC
Advertisements

Pemain pertahanan yang baru menandatangani kontrak bersama Kedah Darul Aman FC, Amirul Azhan berharap perpindahan beliau ke pasukan Hijau Kuning itu bakal memberi sinar dalam kariernya yang hampir malap.

Selain mahu membuka lembaran baharu bersama pasukan Kedah, Amirul juga berazam untuk mempamerkan aksi terbaik untuk membolehkan nama beliau dipanggil ke skuad kebangsaan selepas kali terakhir menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika Piala AFF Suzuki 2018 di mana skuad negara menjadi naib juara.

“Apabila saya dipanggil untuk beraksi ke Kedah, pihak pengurusan juga memberitahu saya mengenai sasaran pasukan musim depan dan ia selari dengan apa yang saya inginkan.

Advertisements

“Sasaran peribadi saya adalah untuk membantu pasukan melangkah ke pentas final tidak kira Piala Malaysia atau Piala FA dan sekurang-kurangnya dapat menduduki tiga teratas Liga Super.” jelas Amirul.

Amirul berpendapat bahawa tindakan beliau meninggalkan pasukan Perak adalah tindakan yang tepat kerana beliau tidak mahu menunggu sesuatu yang tidak pasti dan pantas mengambil tawaran dari Kedah yang terhidang.

“Tapi yang penting sekali adalah saya nak jadikan musim 2022 sebagai tahun kebangkitan semula prestasi saya supaya dapat dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.

Advertisements

“Masa dengan Perak musim ini, mungkin agak susah untuk saya dan pemain lain menyerlah melihat kepada prestasi pasukan itu sendiri, tetapi saya harap tahun depan nasib yang berbeza untuk kami semua agar lebih baik”, jelasnya kepada MFL.

Pada musim hadapan, pasukan Kedah Darul Aman FC bakal beraksi di pentas Asia sekali lagi. Manakala nasib berbeza buat pasukan Perak FC apabila tersingkir ke Liga Perdana dan lebih perit lagi pemain-pemain utama sudah mula meninggalkan pasukan untuk saingan musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram