Advertising
Amri Yahyah Belanja Gol Sepakan Gunting ‘Ala’ Wayne Rooney
MakanBola
Vigor FC

Bekas penyerang kebangsaan, Amri Yahyah semakin menyerlah bersama kelab barunya, Vigor FC.

Selepas menyertai kelab itu baru-baru ini, penyerang berusia 44 tahun itu masih berbisa di atas padang.

Ini terbukti apabila Vigor memuat naik video beliau menghasilkan jaringan menerusi sepakan gunting persis legenda England, Wayne Rooney.

Ad

Gol tersebut dijaringkan dalam aksi Vigor menentang SB Southern Region baru-baru ini. Amri melakukan sepakan gunting yang deras menewaskan penjaga gol lawan.

Ad

Gol bekas penyerang Selangor FC itu turut mendapat pujian pengurusan Vigor. “Salah satu yang terbaik daripada legenda kita. Tiada keraguan,” katanya.

@vigorfootballclub

One of the best from the legend himself Wak Am 17 💯 No Doubt 🔥 #fyp #tiktokmalaysia #amriyahya #vigorfc

Ad
Ad
♬ original sound – Vigor FC – Vigor FC

Selain Selangor, Amri pernah beraksi untuk PT Athletic FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United, Sarawak United dan Sabah FC.

Ad

Beliau juga pernah mewakili Harimau Malaya sebanyak 64 kali dan merekodkan 15 gol. Amri pernah memenangi Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih dalam kariernya.