Amri Yahyah Belanja Larian Gareth Bale Walaupun Umur Dah 41
Dunia
Sabah FC / Tiktok RatuAmri
Advertisements

Walaupun sudah menjangkau usia 41 tahun, namun itu bukanlah penghalang untuk Amri Yahyah mempamerkan persembahan bertenaga apabila berada di atas padang.

Dan baru-baru ini, telah tular satu video di aplikasi media sosial Tiktok yang memperlihatkan video larian Amri seakan-akan menyerupai larian bekas pemain Real Madrid, Gareth Bale. Bale melakukan larian deras dalam perlawanan menentang Barcelona pada tahun 2014.

Dalam video yang dimuatnaik di Tiktok, ikmalmorata_ itu, Amri dilihat melakukan larian deras dari sebelah kiri padang sebelum berjaya menewaskan pertahanan sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukan. Namun sayangnya, penyudah dari rakan sepasukan agak mengecewakan.

Advertisements

Aksi Amri itu seperti tidak menggambarkan seorang pemain bola sepak berusia 41 tahun kerana kepantasan yang dimiliki seperti tidak berkurang walaupun diri semakin dimakan usia.

Untuk rekod, musim ini merupakan musim kedua Amri bersama Sabah FC dan beliau berjaya meledak lima jaringan buat ‘Sang Badak’ dalam 24 penampilan.

Selain lima jaringan yang dihasilkan Amri, kelibat Amri di atas padang sentiasa dinantikan oleh para penyokong Sabah lebih-lebih lagi penyerang import mereka musim ini gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram