Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Penyerang veteran Sabah FC, Amri Yahyah sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila beliau diturunkan diposisi tengah dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Kelantan FC tempoh hari walaupun Amri adalah seorang penyerang. Sebelum ini Amri turut menjadi tumpuan ramai ekoran beraksi dalam kesemua perlawanan Liga Super walaupun sudah berusia 40 tahun.

Amri yahyah bermain diluar kebiasaan apabila diberi kepercayaan oleh Datuk Ong Kim Swee untuk mengemudi jentera tengah pasukan bersama Park Tae Su. Gandingan 2 pemain ini dibahagian tengah berjaya memberi ancaman kepada pertahanan Kelantan buat beberapa kali terutama pada babak kedua perlawanan.

Pemain berusia 40 tahun ini layak digelar pemain serba boleh kerana mampu beraksi diposisi tengah walaupun beliau adalah seorang penyerang.

Advertisements
amrir Umur Hanya Sebuah Angka, Amri Yahyah Buktikan Beliau Pemain Serba Boleh
Aksi Amri Yahyah sewaktu bertemu PJ City

Kemampuan Amri membaca pertahanan Kelantan menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa hantaran berbahaya terutama kepada Naem Harith yang bertindak sebagai penyerang tengah pada perlawanan itu. Namun peluang tersebut beberapa kali tersia dek kerana kedudukan offside dan juga percubaan yang tersasar.

Jika seorang penyerang perlu bermain diposisi yang berbeza, kebiasaannya mereka akan diletakkan diposisi sayap pasukan dan jarang seorang penyerang diletakkan sebagai pemain tengah. Ini kerana peranan pemain tengah dan pemain dibahagian serangan adalah berbeza namun Amri membuktikan kualiti yang ada pada dirinya apabila mampu mengisi peranan tersebut.

Pertemuan Sabah FC menentang PJ City dalam saingan Piala Malaysia 2021

Malah dalam perlawanan Sabah menentang PJ City, Amri dilihat turut bermain di kawasan pertahanan dan tengah padang. Walaupun diturunkan sebagai penyerang, beliau dilihat turut membantu pertahanan sewaktu Rawilson mengalami kecederaan. Amri kemudian turun dibahagian tengah setelah Azzizan Nordin terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan.

Advertisements

Amri Yahyah turut pernah meraih pujian Kurniawan sewaktu awal penyertaan beliau bersama Sabah FC kerana masih cergas seperti awal usia 20 tahun. Malah Amri turut dijadikan role model buat pemain-pemain Sabah FC untuk kekal bersaing pada peringkat tertinggi meskipun sudah berusia menurut Kosmo.

Umur hanyalah sebuah angka bagi Amri Yahyah malah kualiti serta pengalaman beliau selaku pemain bola sepak profesional telah menjadikan beliau seorang pemain yang serba boleh diatas padang. Letak sahaja dibahagian pertahanan, tengah mahupun serangan, Amri Yahyah mampu menggalas tugas tersebut!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram