Bekas pemain kebangsaan, Amri Yahyah kini berada dalam kelompok penjaring terbanyak Liga A1 Semi-Pro.
Selepas mengharungi enam aksi dalam saingan liga, penyerang import Imigresen, Thankgod Michael mengetuai carta penjaring terbanyak liga selepas meledak tujuh jaringan diikuti penjaring terbanyak musim lalu, Azim Rahim dengan enam jaringan.
Pemain Malaysian University, Saiful Iskandar dan Danial Ashraf berkongsi di kedudukan ketiga selepas masing-masing mencatat lima jaringan musim ini.
Pada masa yang sama, Amri Yahyah yang mewakili PT Athletic FC dan Rafie Mat Yaacob (KL Rovers) juga tersenarai dengan menyumbang empat jaringan buat pasukan masing-masing.
Komitmen dan kesungguhan bekas penyerang Selangor ini sedikit sebanyak telah menyumbang keputusan cemerlang buat pasukannya PT Athletic untuk berada di kedudukan terbaik dalam liga.
Dalam saingan Liga A1 Semi-Pro ketika ini, PT Athletic berada di kedudukan keenam dengan sepuluh mata dicatat selepas mengharungi enam perlawanan. PT Athletic berjaya mencatat tiga kemenangan satu keputusan seri dan satu kekalahan sepanjang saingan liga musim ini.