Aksi Amri Yahyah Kawal Emosi Walaupun Sedang Marah
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pemain lagenda bola sepak Malaysia, Amri Yahyah baru-baru ini tular menerusi satu video yang memaparkan tindakan beliau yang berjaya mengawal emosi saat berhadapan dengan asakan lawan yang berusaha untuk mengekang gerakan lincahnya.

Sungguhpun kudrat beliau sudah pun mencecah 40 tahun, persembahan dan kerja keras pemain yang mesra disapa Wak Am ini tidak boleh dipertikai apabila sering membantu barisan serangan namun tidak lupa untuk turun ketika pasukan bertahan.

Dalam satu klip video yang berdurasi sekitar 51 saat itu, video memaparkan tindakan pemain lawan cuba untuk mematahkan serangan Amri yang meluru untuk melakukan larian ke dalam kawasan pasukan lawan.

Advertisements

Larian deras pemain kelahiran Tanjung Karang itu memaksa pertahanan laman melakukan satu tindakan segera untuk membentes bagi memastikan tiada usaha untuk menjaringkan gol berjaya dilakukan oleh pasukan Sabah FC.

Walaupun tindakan itu dilihat agak kasar, namun Amri hanya bangun dan terus berjalan meninggalkan pemain yang melakukan tertahan itu yang sedang terbaring kesakitan. Ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya mampu untuk mengawal emosi dengan baik sungguhpun dalam situasi tegang.

Seterusnya, dalam satu situasi lain pula, bekas bintang Selangor FC ini sedang dikejar oleh pemain lawan namun cubaan untuk meloloskan diri itu ternyata sukar setelah beliau dihalang oleh pemain lawan yang meletakkan kaki ke arah beliau.

Advertisements

Tindakan agresif tersebut membuatkan Wak Am cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemain itu sambil mulutnya terkumat-kamit dan tangannya diletakkan di bahagian belakang tanda tidak melakukan provokasi.

Kemantangan pemain ini jelas menjadi tonik buat pasukan untuk terus memberikan aksi yang terbaik di atas padang dan pencalonannya dalam kategori pemain tengah terbaik membuktikan kualiti dan kesungguhan beliau membantu pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram