Analisis ni ringkas sahaja dan 5 minit Luqman Hakim di atas padang bukanlah sesuatu yang ‘gempak’ namun jika dilihat dengan mata suci, Luqman Hakim sedikit sebanyak telah membantu kelembapan bahagian serangan KV Kortrijk.
Sebetulnya Luqman lebih banyak membantu melonggarkan cara Club Brugge bertahan.
Luqman Hakim juga sebenarnya membuat kerjanya dengan betul dan paling ringkas adalah beliau menekan dan menarik pertahanan Club Brugge supaya tidak bermain “compact”.
Club Brugge masih menjaga garisan pertahanan dengan baik namun mereka sudah mula terkeluar dari posisi.
Untuk memahami “compactness” dalam bertahan baca di sini (jika rajin).
Lihatlah gambar di bawah dengan kapsi ringkas dan pen merah bulat-bulat yang biasa kita lihat sebelum ini.

Sudah tentu jurulatih hanya ingin memberi Luqman peluang. Apa lah yang beliau mampu lakukan dengan hanya 5 minit. Namun jurulatih baharu KV Kortrijk tidak meletakkan Luqman di posisi pertahanan mahupun tengah bertahan seperti yang kita pernah lihat.
Pada kapsi di atas, Luqman buat kerja pertamanya iaitu berlari dan menekan Club Brugge semasa bola bukan dalam pegangan KV Kortrijk.

Yang ke-2, Luqman Hakim buat kerja mudah. Beliau menarik pertahanan ke bahagian tepi sekaligus membuka ruang buat rakan-rakannya.
Mujakic ada beberapa pilihan samada menghantar ke kiri, membawa terus atau beri pada Luqman. Terpulang pada dia.

Luqman Hakim boleh masuk ke kiri dan minta bola atau dia tarik si no.4 ke kanan. Tapi disebabkan hanya Luqman dan Mujakić yang ada pada posisi terbaik untuk menjaringkan gol, beliau membuat keputusan untuk ke kanan.
Pada waktu ini kedua-dua pilihan adalah baik kerana sudah menghampiri kawasan kotak penalti.
Bijak.

Selepas kawannya dah jaringkan gol, mereka semua tidak berlari macam orang gila. Hanya tenang dan berborak santai.