Analisis Awal Hairuddin Omar Perangkap JDT
MFL
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC ll, Hairuddin Omar lega selepas percaturan awalnya tentang kekuatan sebenar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ll menjadi kenyatan.

Perkara ini dikongsikan olehnya selepas pasukan beliau berjaya merakamkan kemenangan penting 1-0 untuk menjulang Piala MFL edisi pertama.

Menurut beliau, setiap pemain telah menunjukkan kesungguhan terbaik untuk memberi saingan terhebat dalam misi meraih kejayaan.

Advertisements

Hairuddin yang sudah menjangkakan tentangan hebat dari minit pertama mengakui bahawa beliau mahu pasukannya bermula dengan lebih defensif pada babak pertama.

“Ya betul kalau kita lihat dari kesebelasan utama JDT, mereka seakan mahu mencari gol awal dan kita memulakan perlawanan dengan sedikit bertahan.”

Advertisements

“Mereka juga memiliki kualiti pemain yang baik seperti Endrick dan Oscar di bahagian tepi untuk melakukan serangan.”

Kemenangan ini memberikan perasaan bercampur-baur buatnya yang kali pertama membimbing pasukan untuk ke final.

Advertisements

“Saya mengakui pada awalnya berasa sedikit gugup namun saya memberitahu kepada pemain, selagi wisel tidak ditiupkan, para pemain masih memiliki peluang untuk meraih kemenangan,” jelasnya.

Gol lewat permainan yang dijaringkan oleh Isa Raman memastikan barisan bintang JDT tewas dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Aksi getir bakal menjadi tumpuan sekali lagi apabila JDT akan bertemu Terengganu di Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram