EPL
Chelsea TV
Advertisements

Newcastle United yang digelarkan oleh sesetengah peminat sebagai ‘kelab kaya’ baru ini gagal memberikan saingan kepada Chelsea dalam perlawanan yang berkesudahan 0-3 di St. James’s Park. 3 gol dihasilkan oleh Reece James dan 1 daripada Jorginho menerusi sepakan penalti.

Dalam perlawanan ini statistik ‘gila’ Chelsea yang menyentuh bola sebanyak 928 sentuhan sudah pun membuktikan penguasaan mereka sepanjang perlawanan. Rudiger melakukan sebanyak 134 sentuhan diiikuti Christensen 129,Silva 101,Jorginho 100 dan James sebanyak 86.

touches Analisis Statistik: Chelsea Cemerlang Dalam Pertemuan Menentang 'Kelab Kaya' Newcastle United
Touches Heatmap daripada Rudiger,Silva,Christensen dan James

Jika dibandingkan dengan Newcastle United yang sekadar mencatatkan 358 sentuhan dan penjaga gol mereka mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 53 sentuhan jauh meninggalkan rakan sepasukan yang lain.

Advertisements

Jika perbezaan sentuhan ini sangat jauh berbeza anda perlu lihat perbezaan untuk hantaran pula. Chelsea mencatatkan sebanyak 773 hantaran dan Newcastle United sekadar 198 hantaran. Sangat jauh ditinggalkan oleh Chelsea.

Chelsea melakukan sebanyak di kawasan defensive third sebanyak 82 hantaran diikuti 388 hantaran di kawasan middle third dan 339 hantaran di kawasan final third. Daripada semua jumlah hantaran ini terdapat 12 hantaran utama dan 19 hantaran lintang berlaku sepanjang perlawanan.

Menariknya ianya banyak disumbang oleh Reece James yang cukup cemerlang dalam perlawanan tersebut. Bukan sahaja mencatatkan 2 gol malahan sumbangan beliau dalam hantaran utama dan lintang juga boleh diberikan pujian.

Advertisements

James mencatatkan sebanyak 3 hantaran utama dan 7 hantaran lintang beliau mengkucar kacirkan benteng pertahanan lawan. Bagi rakan sepasukan James dikawasan bertentangan iaitu Chilwell, prestasi beliau juga memberangsangkan apabila 2 hantaran utama dan 4 hantaran lintang dapat dihasilkan.

Secara jelasnya Chelsea adalah pasukan yang mampu bermain menggunakan hampir kesemua pemain yang mereka miliki. Tiada masalah juga daripada sudut kualiti meskipun kesebelasan utama berubah. Inilah kehebatan dan kemampuan Tuchel yang dijangkakan akan menjadi penyumbang utama untuk beliau merangkul kejayaan bersama Chelsea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram