EPL
Manchester United
Advertisements

Di dalam perlawanan yang boleh dikatakan berpihak kepada Manchester United, ada statistik menarik mengiringi prestasi pasukan ini. Kemenangan 3-0 menentang Tottenham Hotspur ini adalah hasil kerja sepasukan yang jika dikekalkan akan mampu menyelamatkan karier Ole Gunnar Solskjaer daripada pemecatan akibat prestasi hambar sebelum ini.

Pada perlawanan ini pasukan pertahanan diketuai oleh Maguire telah pun menghasilkan sebanyak 27 clearances berbanding Tottenham Spurs hanya 6 clearances. Varane melakukan clearances tertinggi iaitu sebanyak 6, diikuti Lindelof, Maguire, Shaw dan Fernandes masing-masing 4 clearances.

peta mu Analisis Statistik: Ole Selesaikan Isu Utama Manchester United Dalam Pertemuan Bertemu Tottenham
Clearances heatmaps bagi pasukan Manchester United

Selain itu Manchester United juga berjaya mencatatkan sebanyak 22 blocks dan sebanyak 19 berlaku di kawasan defending third mereka sendiri. Selain itu 19 blocks itu juga adalah yang menghalang daripada hantaran dilakukan untuk menggerakkan bola ke hadapan.

Advertisements

Ini membuktikan pada perlawanan ini Manchester United berjaya menghalang pergerakan Tottenham untuk mara ke hadapan lebih awal selain itu cepat menutup ruang dan menyukarkan pergerakan pasukan lawan. Ini menyebabkan Tottenham seperti ‘mati akal’ bagaimana untuk mara ke hadapan dalam perlawanan ini.

Siapakah pemain yang paling banyak menyentuh bola pada perlawanan ini?Luke Shaw!. Beliau berjaya mencatatkan sebanyak 81 sentuhan bola dan ketiga tinggi dalam perlawanan ini selepas pasukan Tottenham iaitu Royal(119) dan Hojbjerg(99).

Adakah perubahan formasi 3 pemain pertahanan ini sedikit sebanyak membantu pasukan Manchester United? Atau kehadiran semula Varane dalam pasukan memberikan sokongan tambahan dalam aspek bertahan mereka?Persoalan ini akan terjawab dalam perlawana seterusnya menentang Atalanta dalam saingan UCL nanti.

Advertisements

Nota tambahan: Sebelum ini Cristiano Ronaldo nyata tidak gembira dengan cara Manchester United bertahan yang sangat rapuh dan beliau turut tidak mahu penyokong dan pemerhati hanya melihat kelemahan barisan serangan semata-mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram