[Analisis Video] Final Piala Malaysia 2022: Selangor vs JDT
Pendidikan
Advertisements

Johor Darul Ta’zim berjaya menewaskan Selangor 2-1 dalam aksi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sekaligus merangkul kesemua 4 kejuaraan bola sepak di Malaysia.

Di sini kami merungkai permasalahan dan analisis taktikal melibatkan kedua-dua pasukan sebagai bahan rujukan dan pelajaran buat peminat bola sepak di Malaysia. Analisis ini disediakan oleh Coach Addim Alias dan disunting oleh Syafiq Freman.

Separuh Masa Pertama

Selangor FC turun dengan Game Plan yang sangat jelas di Separuh Masa Pertama iaitu untuk menidakkan JDT bermain ‘permainan mereka’.

Advertisements

Ini dapat diwakili oleh beberapa momen High Pressing dan Counterpressing Selangor FC yang menyukarkan JDT Playing Out from the Back.

Malah ada beberapa gerakan High Pressing dan Counterpressing itu yang hampir memberikan gol pendahuluan kepada Selangor. JDT tidak dapat bermain permainan mereka. Corbin dan Matthew Davies jarang dapat naik seperti biasa.

Formasi-sistem JDT tidak dapat ‘mencair’ seperti biasa – tidak dapat menjadi Asymmetrical 4-3-3 dan jarang juga menjadi 2-3-5 atau 3-2-5 (Attacking Shape).

Advertisements

Bahagian tengah JDT tidak ‘mencengkam’ permainan seperti biasa. Kudos kepada kerajinan, kebijaksanaan membaca permainan, kelembutan pergerakan dan ketepatan hantaran Alex Agyarkwa yang sedikit sebanyak menenggelamkan Trio Afiq-Natxo-Leandro.

Baha’ Abdel-rahman melakukan “Dirty Job” manakala Alex mengambil peranan memenangi Second Ball; mengawal tempo dan sesekali melancarkan janaan serangan.

Di awal permainan, Selangor mengancam JDT dengan Transisi mereka – banyak serangan Direct dilakukan setelah berjaya memenangi bola; tidak mahu memegang bola dan bermain posesi kerana mereka sedar JDT juga bermain Counterpressing.

Advertisements

Setelah melepaskan sekurang-kurangnya lima peluang jaringan, akhirnya Selangor mendahului hasil sepakan penalti Herlison Caion.

Sayangnya mereka hilang fokus di penghujung babak pertama – memberikan “sepakan percuma yang tidak perlu” kepada JDT di hadapan kotak penalti, yang membawa kepada sepakan penjuru yang memberikan gol penyamaan kepada JDT.

Separuh Masa Kedua

Gol penyamaan memberikan keyakinan kepada JDT. Selangor cuba mengekalkan Game Plan di Separuh Masa Pertama namun intensiti dan fokus mereka memudar akibat kepenatan. Bukan senang bermain begini menentang JDT.

Advertisements

JDT perlahan-lahan ‘mencengkam’ permainan, bermain ‘permainan biasa mereka’ – Corbin mula naik di Wide Area sisi kiri. Begitu juga dengan Matthew Davies yang mula naik tinggi sama ada di Half Space atau di Wide Area sisi kanan – cuba bermain permainan kombinasi dengan Arif Aiman.

Shape JDT mula ‘mencair’ dan mereka mula berani meletakkan sekurangnya lima pemain di setiap koridor Attacking Third; cuba memecahkan pertahanan Selangor.

Alex Agyarkwa masih menjadi pemain Selangor ‘yang paling seronok ditonton’ – kelicikan beliau di tengah membuatkan Afiq Fazail beberapa kali menarik jersi beliau.

Entah apa yang merasuk pengadil, tiada layangan kad kuning diberikan. Hasil kelekaan atau mungkin kepenatan (hilang fokus), Selangor melepaskan Arif Aiman membuat larian solo sebelum melepaskan Through Pass kepada Bergson.

Cubaan Bergson diselamatkan Khairul Azhan namun Forestieri menyambar Rebound dengan rembatan deras ke penjuru kiri atas – gol kedua JDT.

Gol kedua tambah meyakinkan JDT. Mereka mula memperlahankan tempo; sesekali rencanakan serangan dengan hantaran kepada Arif atau kepada Forestieri dan Bergson yang kerap drop between the lines.

Tan Cheng Hoe cuba mengubah situasi dengan pemain gantian namun pemain-pemain tersebut seolah buntu memecahkan pertahanan JDT. Mungkin ada faktor kerisauan juga dengan Counterattack JDT.

Tamat perlawanan; JDT 2 – 1 Selangor.

Kesimpulan

Selangor menunjukkan cara menekan JDT; cara berlawan dengan JDT. Jelas ia bukanlah bertahan dalam Lines, melainkan melakukan High Pressing-Counterpressing untuk menyukarkan mereka.

Sayang; kelekaan mereka (mungkin kerena kepenatan bermain begitu) memberikan JDT gol penyamaan dan gol kedua. Selepas itu keadaan jadi sukar untuk Selangor.

Mari kita nantikan saingan liga musim hadapan. Pasti menarik jika Selangor FC dapat bermain dengan intensiti tinggi di kedua Separuh Masa dan menekan JDT hingga akhir perlawanan. 

Jemput tonton video di bawah:

MakanBola turut membuat analisis perlawanan-perlawanan lain. Anda boleh baca lain-lain analisis di sini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram