JDT Juara Piala Malaysia Tewaskan Selangor
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertembungan final Piala Malaysia malam ini menyaksikan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor berlangsung di Stadium Bukit Jalil berakhir dengan keputusan 2-1.

Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe bermula dengan cukup baik seawal minit permainan apabila serangan yang direncana Caion dan Mukhairi Ajmal hampir membuahkan hasil. 

Pada minit ke-45 permainan, Selangor berjaya membuka jaringan menerusi sepakan penalti penyerang berbisa Selangor, Herlison Caion. 

Advertisements

JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila penyerang JDT, Bergson berjaya menjaringkan gol selepas menerima kemas hantaran sepakan penjuru yang diambil oleh Arif Aiman.

Pada minit ke-60 permainan, Fernando Foresteiri memberi kelebihan keada JDT apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan daripada luar kotak penalti.

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan. JDT pecah rekod dengan memiliki lima piala pada musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram