Annuar Musa Harap Kesemua Pasukan Kelantan Tingkatkan Pelaburan
Dunia
Annuar Musa
Advertisements

Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berharap agar semua pasukan Kelantan dapat meningkatkan pelaburan bagi memacu lebih banyak kejayaan buat pasukan.

Beliau yang turut berada ketika menyambut ulang tahun ke-10 kejuaraan pasukan Kelantan menjulang treble nyata meletakkan harapan yang cukup tinggi buat pasukan kesayangannya itu.

The Red Warriors pernah mengecapi era yang cukup gemilang di bawah kendaliannya apabila menjulang pelbagai trofi domestik.

Advertisements

Malah, mereka turut berkesempatan menjulang tiga trofi pada tahun 2012 sekaligus menyaksikan antara tempoh yang cukup gemilang buat bola sepak negeri tersebut.

Dalam satu hantarannya, bekas ahli Parlimen Ketereh ini mahu semua pasukan yang bernaung menggunakan nama negeri tersebut dapat membentuk pasukan yang lebih kuat tahun hadapan.

“Saya berharal agar pasukan Kelantan TRWFC dan KUFC dapat meningkatkan pelaburan dan membina pasukan yang lebih padu bagi mengharungi musim 2023,” jelasnya.

Advertisements

Kini, Kelantan seakan disuntik nafas baru di bawah pimpinan Norizam Tukiman atau Zamsaham dan bakal beraksi di pentas Liga Super musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram