Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Anuar Musa mahu membantu membantu pasukan bola sepak negeri Kelantan untuk kembali menjadi gergasi hola sepak di negara ini.
Beliau yang pernah membimbing pasukan Kelantan FC yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) sejak 2007 menjelaskan keinginan beliau untuk membantu pasukan negeri itu mengecapi lebih banyak kejayaan.
Ketika ini, Annuar yakin dengan potensi dua pasukan bola sepak negeri iaitu Kelantan Football Club (Kelantan FC) dan Kelantan United Football Club (KUFC).
“Saya mahu cuba bantu tidak kira Kelantan FC atau KUFC.”
“Kita tak nak pasukan negeri jadi belasahan tetapi mahu jadikan pasukan kita disegani dan hidupkan semula semangat Kelantan.”
Bekas ahli Parlimen Ketereh itu juga yakin pasukan ini memerlukan usaha dan komitmen untuk meningkatkan mutu untuk bersaing dengan pasukan gergasi Malaysia yang lain.
“Setakat yang ada sekarang ini tak cukup, mungkin untuk tahap Liga Perdana masih okay, tapi untuk Liga Super adalah satu level (tahap) yang lain,” katanya ketika ditemui dalam sambutan ulangtahun 10 tahun TRW Treble 2012 hari ini.
Kelantan FC menamatkan saingan dengan menduduki tempat kedua Liga Perdana pada musim ini dan berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia manakala KUFC sekadar menduduki tangga ke lima Liga Perdana dan masuk ke pusing 16 Piala Malaysia sebelum tewas 0-3 kepada Selangor FC.