Antoine Griezmann Dalam Radar Manchester United
Eropah
Instagram: @fcbarcelona
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikatakan berminat untuk menandatangani pemain berusia 30 tahun daripada Barcelona, Antoine Griezmann pada perpindahan kali ini.

Situasi ini terjadi kerana kemelut masalah kewangan yang dihadapi Barcelona yang mengalami tunggakan sehingga mencecah 1.5 Billion. 

Menurut laporan Sky Sport, Barcelona telah mengumumkan pendaftaran pemain mereka iaitu Memphis Depay, Eric Garcia dan Rey Manaj untuk pengurangan gaji selepas Gerard Pique setuju dengan perjanjian tersebut. 

Advertisements

The Catalan perlu mengurangkan gaji pemain-pemain mereka terutamanya Antoine Griezmann yang sekarang memiliki jumlah gaji yang tertinggi.

Jika Barcelona tidak mampu untuk membayar gaji beliau, pemain berasal dari Perancis itu bakal dilepaskan ke kelab lain. 

Griezmann dilaporkan menerima gaji sebanyak 32 juta setahun. Ia akan memberi kelebihan kepada pihak Barcelona jika jumlah itu dapat dikurangkan atau melepaskan beliau menerusi perpindahan tetap.

Advertisements

Menurut jurnalis The Sun, Griezmann dikatakan diherdik oleh penyokong Barcelona semasa dalam perjalanan di pintu masuk latihan The Catalan sejurus selepas pemergian Lionel Messi dan beliau dikatakan menjadi punca atas pemergian Messi.  

Sungguhpun begitu, prestasi yang ditunjukkan beliau seharusnya diberi pujian selepas melakukan 100 penampilan bersama Barcelona. Beliau juga telah berjaya merekodkan 35 gol dan 16 bantuan gol.  

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram