Blog
Advertisements

Baru-baru ini Malaysian Football League (MFL) menerusi laman facebook Amateur Football League (AFL) mengumumkan bakal memberikan dua kuota tambahan pemain import kepada pasukan yang bertanding dalam Liga M3 (liga devisyen ke-3) Malaysia.

Syaratnya pemain mestilah berumur 18-20 tahun dan langkah ini satu langkah yang baik. Kenapa langkah ini dianggap sebagai satu langkah yang baik? Bukankah pemain-pemain luar ini bakal menutup peluang pemain tempatan?

gadis melayu makanbola Apa Jadi Bila Gadis Melayu Berkahwin Dengan Pemain Naturalisasi?
Sumareh masih single – Gambar hiasan

Sebenarnya pemain tempatan sedang meningkat naik dan mereka perlu diberikan persaingan. Walaubagaimanapun pemain naturalisasi sekarang hanya boleh dipakai maksimum 5 tahun sahaja kerana sudah berumur.

Advertisements

Jadi langkah MFL ini adalah satu langkah yang baik kerana Malaysia bakal menerima lambakan pemain luar muda yang mempunyai baka tubuh badan yang kuat.

Jadi apa kena mengena dengan gadis Melayu?

Bayangkan sekiranya terdapat 100 orang pemain import yang berumur 18-20 tahun bermain di Liga Super, Liga Perdana dan Liga M3 dan seterusnya.

Advertisements

Mereka ini semua mempunyai peluang untuk diberikan kerakyatan dan lebih mudah dan cepat sekiranya mereka jatuh cinta kepada gadis Melayu yang terkenal dengan keayuannya.

Sumareh jika dikacuk, anak-anaknya pasti akan sehebat dia.

Selain dapat bermain untuk Malaysia, mereka ini semua bakal mengeluarkan baka-baka yang cemerlang dan kuat seterusnya bakal memenuhi akademi bola sepak seluruh Malaysia.

Apa akan jadi dalam tempoh 20 tahun selepas itu?

Advertisements
Nisa pandai bermain bola. Bayangkan apa jadi jika beliau bersetuju menyertai perancangan ini. Gambar oleh mStar.

Malaysia mungkin mampu memberikan saingan kepada negara-negara Eropah kerana waktu itu pemain Malaysia memiliki susuk tubuh yang kuat hasil persenyawaan pemain import dan gadis Melayu.

Brendan Gan adalah contoh baka terbaik hasil campuran darah Malaysia dan Australia.

Good luck.

Sekian terima kasih.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram