Apa Sebenarnya Yang Ingin TMJ Sampaikan?
Dunia
Advertisements

Sedang hangat berkenaan status Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Instagram storynya berkenaan topik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam hantaran terbarunya TMJ menyampaikan soalan dan jawapan seolah-olah ingin mengambil alih badan bola sepak Malaysia terbabit atau dengan nada lebih tepat menawarkan dirinya sebagai Pengerusi ataupun Presiden. Boleh jadi sebagai Penaung Di-Raja.

Namun bukan semua memahami maksud sebenar TMJ tanpa memahami permasalahan utama kerana sekiranya perkara yang dinyatakan Tuanku tidak menjadi kenyataan, beliau tidak mempunyai apa-apa kerugian atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil “Nothing to Lose“.

Advertisements

Mengapa pemain tidak menunjukkan prestasi dalam skuad kebangsaan namun beprestasi baik di kelab?

Jawapan: LEADERSHIP (Kepimpinan)

Jelas dan terang, TMJ tidak menyatakan “jurulatih” mahupun “pemain” sebaliknya beliau menyatakan kepimpinan. Kepimpinan adalah tanggungjawab semua iaitu Presiden, Ketua Jurulatih, Kapten dan setiap pemain senior (terutamanya).

Advertisements

Sudah tentulah ia bermula dari peringkat tertinggi iaitu Presiden.

Selepas 17 piala, pemain bermain seperti tidak pernah menang apa-apa. Intensiti, disiplin dan fokus. Bagaimana?

Jawapan: Kerana Diri Saya (TMJ). Saya meminta (pemain); prestasi dan menerapkan disiplin tinggi.

Advertisements

Ingin tahu apa perkara pertama yang saya lakukan di JDT?

Saya mengawal akses pada ahli pasukan. Daripada media, wartawan, syarikat, termasuklah laman media sosial pemain.

Eksklusif dan ia membantu pemain fokus pada kerja mereka.

Advertisements

Masa kini, keluar menunaikan tanggungjawab bersama negara bukan lagi misi atau tanggungjawab untuk beberapa orang. Ianya seperti cuti musim panas.

Sistem perlu diubah. Selepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang-sebarang. Ianya akan dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal kebangsaan. Samada pemain sesuai atau tidak dengan gaya permainan (Malaysia).

Target yang realistik. Pencapian positif adalah bonus. Jika keputusan tidak baik, kita perlu bekerja keras.

Kepada Encik Presiden, izinkan saya bertanggungjawab pada pasukan kebangsaan. Saya akan berikan mereka fasiliti latihan dan jurulatih terbaik.

Saya tidak boleh janjikan kejayaan segera, tetapi saya boleh memberikan jaminan kemajuan.

……….

TMJ tidak rugi apa-apa sekiranya hal ini tidak terjadi dan agak mustahil untuk beliau “kembali” ke tempat yang pernah beliau miliki untuk mengelakkan “conflict of interest”.

Peminat bola sepak perlu faham perkara/isu terbesar yang diterangkan oleh TMJ adalah berkaitan laman sosial pemain. Mereka seolah-olah sedang bercuti dan berseronok sedangkan mereka dalam keadaan “gagal” memberikan keputusan yang baik dan sedang menjalankan tanggungjawab bersama skuad negara.

Pemain dengan bebas memuat naik “I am bless” dan “Saya gembira” sambil ditemani gambar dan video pemandangan indah di UAE sedangkan hakikatnya mereka beraksi buruk di atas padang.

Dan FAM seolah-olah tidak mengawal perkara ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram