Apa Sudah Jadi Dengan Kelab Diwakili Luqman Hakim, KV Kortrijk?
Dunia
IG KV Kortrijk
Advertisements

Kelab yang diwakili Luqman Hakim di Belgium, KV Kortrijk mempamerkan prestasi yang terumbang ambing dalam 5 perlawanan terkini dalam saingan Liga Belgium.

Selepas kemenangan besar 5-0 ke atas kelab SV Zulte Waregem pada bulan Februari lepas, Kortrijk dilihat hilang arah apabila mencatatkan 5 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Belgium yang mana perlawanan terkini mereka adalah tewas kepada KV Mechelen dengan keputusan 2-3.

Lebih menarik lagi, salah satu gol KV Mechelen telah dijaringkan oleh bakal pemain warisan terbaru Indonesia iaitu Sandy Walsh.

Advertisements

Dengan 5 kekalahan berturut-turut ini, ianya sekaligus menyebabkan pasukan ini semakin jauh dari kedudukan atasan liga. KV Kortrijk kini menghuni tangga ke-12 Liga Belgium dan dijangka akan terus berada di kelompok pertengahan liga sehingga tamat musim memandangkan mereka hanya berbaki satu perlawanan sahaja untuk menamatkan saingan liga.

Untuk rekod, nama penyerang muda negara, Luqman Hakim masih belum tersenarai dalam senarai pemain pada hari perlawanan sejak awal musim. Khidmat Luqman acap kali digunakan untuk skuad bawah 21 KV Kortrijk yang kini berada di tangga terakhir dalam saingan Liga Pro Bawah 21 Belgium.

Semoga ada sinar yang indah buat Luqman Hakim pada musim-musim yang akan datang bersama kelabnya, KV Kortrijk.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram