Apa Sudah Jadi Dengan Liverpool ?
Dunia
Defodi
Advertisements

Prestasi semasa Liverpool hakikatnya menimbulkan pelbagai tanda tanya terhadap keadaan sebenar yang terjadi dalam kelab tersebut.

Hal ini susulan prestasi tidak menentu anak buah Jurgen Klopp sejak memasuki musim baharu EPL yang memperlihatkan kelemahan ketara dalam skuad kendaliannya.

Terbaru, Liverpool yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dibelasah oleh wakil Itali, Napoli dengan keputusan 4-1 pada perlawanan pembukaan semalam.

Advertisements

Liverpool  jelas berada dalam krisis yang besar setelah kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan selain perpindahan pemain bintang pasukan, Sadio Mane meninggalkan kesan yang cukip besar kepada pasukan.

Prestasi mereka dalam saingan EPL juga membimbangkan selepas mencatatkan beberapa keputusan yang tidak memuaskan sekaligus meninggalkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong.

Malah, menerusi satu kenyataan oleh bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher, beliau menyifatkan kekalahan ke atas Napoli adalah tidak boleh diterima dan amat memalukan.

Advertisements

Ketika ini, The Reds berada pada kedudukan ke-7 selepas 6 perlawanan apabila hanya mengutip 9 mata secara keseluruhannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram