Apa Sudah Jadi  Dengan Urawa Red Diamonds?
Dunia
Urawa Red Diamonds
Advertisements

Pasukan gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds terus dilanda prestasi tidak menentu apabila mereka kehilangan mata lagi ketika menentang Kashiwa Reysol hari ini.

Urawa turun dalam misi mencari 3 mata penuh selepas prestasi terumbang-ambing selepas hanya mencatatkan 2 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir.

Malah, kini mereka telah terperosok ke tangga ke-14 liga selepas 12 perlawanan sekaligus menyukarkan misi untuk mengakhiri saingan di tempat 4 teratas.

Advertisements

Turun dengan kesebelasan terbaik, mereka dilihat bermula garang untuk mencari gol awal dengan serangan bertali-arus dilancarkan untuk memperoleh jaringan.

Walau bagaimanapun, mereka seperti tidak mempunyai perancangan yang baik sungguhpun mampu untuk mendominasi perlawanan.

Persembahan buruk yang dipamerkan oleh penyerang utama pasukan, Alex Schalk juga telah memberi kesan yang cukup besar apabila mereka terus buntu untuk menjaringkan gol sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

Penyerang kelahiran Belanda itu hanya mampu melakukan satu percubaan sepanjang 81 minit sebelum dikeluarkan.

Ketika ini, mereka hanya berjaya mengumpul 11 mata selepas 11 perlawanan termasuklah hanya mencatat 4 kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir.

JDT bakal berdepan cabaran pasukan ini dalam pusingan kalah mati bagi memastikan pasukan layak untuk melangkah ke pusingan berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram