Apek Ingin Julang Piala Bersama Sabah
Dunia
famalaysia
Advertisements

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi, beliau tekad untuk menjulang Piala bersama Sabah terutamanya di pentas Liga Super dan Piala Malaysia musim ini. Beliau berkeinginan untuk melakar sejarah baharu dengan Sabah.

Pemain yang sinonim dengan gelaran ‘Apek’ ini menganggap sudah berada dalam pasukan terbaik oleh kerana dengan kehadiran Baddrol Bakthiar dan Rizal Ghazali yang juga merupakan rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan.

“Semestinya saya ingin mencapai sesuatu dengan Sabah yang mana belum pernah lagi mereka capai, dan saya ingin menjadi sebahagian sejarah baharu dengan Sabah.

Advertisements

Apek dalam pada itu yakin bahawa Sabah mampu persembahkan aksi yang terbaik musim ini ditambah dengan jurulatih yang sangat berpengalaman dalam pentas bola sepak Malaysia, Ong Kim Swee. Kredibiliti yang ada pada Ong Kim Swee pada pendapat apek tidak boleh disangkal lagi.

“Cuma kita kena ingat dengan kehadiran pemain-pemain baharu yang lain ke Sabah, sudah pasti ramai yang meletakkan harapan yang tinggi tetapi jika diberi masa, saya percaya kami mampu buat terbaik untuk membanggakan penyokong Sabah pada musim ini”, kata Khairul Fahmi Che Mat kepada MFL.

Sebelum ini, penjaga gol berusia 32 tahun ini telah membantu pasukan Melaka United melangkah ke separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia musim lepas. Beliau merupakan tonggak utama pasukan Melaka selepas berjaya membuat penampilan sebanyak 58 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram