Ads
Dunia
433

Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud mengumumkan cuti peristiwa pada 23 November hari ini kepada rakyat Arab Saudi.

Advertisements

Memetik laporan Khaleej Times, cuti umum ini termasuk pekerja di sektor awam dan swasta serta semua pelajar di Arab Saudi.

Advertisements

Pengumuman ini adalah untuk meraikan pasukan Bola Sepak Arab Saudi yang mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Argentina.

Advertisements

Advertisements

Argentina adalah sebuah pasukan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang seperti Lionel Messi, Di Maria dan ramai lagi.

Kemenangan ini pastinya menjadi satu memori terindah buat rakyat Arab Saudi dan memberi peringatan bahawa pasukan dari Asia juga mampu memberikan tentangan hebat.

Advertisements

Arab Saudi menang tipis kepada Argentina 2-1, dan ini merupakan sejarah pertama yang tercipta di Piala Dunia 2022 ini.

Advertisements

Perlawanan seterusnya Arab Saudi akan menentang pasukan Poland pada 26 November ini jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram