Argentina Mudah Atasi Cabaran Australia
Asia
@Argentina
Advertisements

Argentina memulakan perlawanan persahabatan pertama Asia mereka dengan bergaya. Ini selepas Albiceleste mengatasi cabaran Australia 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Pekerja, Beijing, China hari ini.

Cubaan Australia untuk memberi tentangan awal kepada Albiceleste tidak berhasil apabila Lionel Messi menyumbat gol pertama perlawanan pada minit kedua.

Gol yang dijaringkan dalam tempoh 80 saat itu merupakan gol terpantas pernah dijaringkan legenda Barcelona itu dalam karier bola sepak profesionalnya.

Advertisements

Tersentak, Socceroos yang dibimbing Graham Arnold cuba bangkit tetapi juara Piala Dunia 2022 yang dibimbing Lionel Scaloni itu memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran bagi memberi peluang kepada pemain lain beraksi. Tetapi pertukaran Scaloni membuahkan hasil apabila pemain gantian German Pezzella menambah gol kedua Argentina pada minit ke-68.

Advertisements

Socceroos cuba bangkit memburu gol saguhati tetapi Albiceleste memastikan kemenangan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas ini, fokus Argentina beralih pula kepada perlawanan persahabatan kedua menentang Indonesia di Gelora Bung Karno pada 19 Jun ini.

Advertisements

Begitupun, Messi difahamkan tidak akan menyertai Albiceleste di Jakarta untuk perlawanan tersebut. Ini bagi memberi peluang kepada dirinya untuk berehat sebelum menyertai kelab barunya, Inter Miami pada bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram