fbpx

Argentina Tamatkan Kemarau 28 Tahun Dan Trofi Pertama Messi

3,628 views

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pemain bintang ternama dunia, Lionel Messi mengetuai pasukan kebangsaan Argentina memenangi Copa Amerika apabila mengejutkan pasukan tuan rumah Brazil 1-0 melalui jaringan tunggal Di Maria pada perlawanan final yang berlangsung pada pagi Sabtu waktu Malaysia.

Kejayaan yang diraih di Stadium Maracana Rio de Janeiro itu sekali gus menamatkan kemarau trofi 28 tahun Argentina di mana kali terakhir mereka memenangi trofi ialah pada tahun 1993.

Pemain sayap berpengalaman, Angel Di Maria menjadi wira pasukan seteleh jaringan tunggalnya pada minit ke-22 memberikan kemenangan bersejarah buat Argentina.

Segalanya bermula apabila pemain tengah Argentina, Rodirigo De Paul membuat satu hantaran lolos menarik yang mencari Di Maria yang sedang berlari di bahagian kanan dan Di Maria dengan mudah melakukan satu cip melepasi penjaga gol Brazil, Ederson Moraes sekaligus merupakan jaringan kemenangan buat Argentina. Perlawanan juga kerap dihentikan kerana pergeseran antara pemain kedua-dua pasukan.

Neymar Cry Argentina Tamatkan Kemarau 28 Tahun Dan Trofi Pertama Messi
Neymar mengalirkan air mata selepas tamat perlawanan

Pastinya kejayaan ini sangat manis buat kapten Argentina, Lionel Messi yang akhirnya berjaya mendakap piala buat kali pertama bersama pasukan Argentina. Malang buat Neymar apabila sekali lagi terlepas piala ini bersama Brazil.

Untuk rekod, Brazil berjaya memenangi trofi Copa Amerika pada edisi lepas iaitu pada tahun 2019. Namun, pada edisi itu, Neymar tidak dapat beraksi atas faktor kecederaan.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram