Piala FA

Piala FA: Selangor & Kim Pan-gon Buru Tiket Final

Pan gon Selangor FC 1 3 Piala FA: Selangor & Kim Pan-gon Buru Tiket Final
Selangor FC
Advertisements

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon mahu memastikan tiket final Piala FA 2026 menjadi milik pasukan itu.

Ini kerana menurut bekas jurulatih Harimau Malaya itu, sasaran layak ke final merupakan sasaran yang dimahukan Selangor sejak dari awal musim.

Pan-gon juga percaya kejayaan mara ke final Piala FA bukan saja bakal menggembirakan para penyokong.

Malah, beliau juga percaya itu bakal menjadi pemangkin buat Selangor meneruskan rentak cemerlang mereka musim ini.

“Kita sudah memiliki sasaran jelas. Malah, sejak pramusim, kita telah menetapkan tiket final (Piala FA) sebagai sasaran kita,” katanya.

“Semua orang tahu betapa pentingnya perkara ini kepada kita dan betapa besar maknanya buat penyokong kita. Jadi, kita akan berjuang untuk mendapatkannya.

“Kita perlu lebih berani, yakin dan bangga. Kita tidak sepatutnya berundur, kita patut berdiri teguh dan terus mara ke depan. Kita akan berjuang untuk menjaringkan gol, menang dan mendapatkan keputusan terbaik buat penyokong kita.”

Selangor memiliki kelebihan tipis satu gol selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama.

Kedua-dua pasukan bakal berentap sekali lagi dalam aksi timbal balik di Kuching pada 8 November ini.