Ads
Arif Aiman Anggap Lilitan Kapten Peluang, Bukan Beban Di JDT
Piala FA
Azrihazq / MakanBola

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi tidak menganggap peranan sebagai seorang kapten di JDT sebagai satu beban.

Advertisements

Dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA antara JDT dan Kedah Darul Aman baru-baru ini, Arif telah menggalas tanggungjawab selaku ketua pasukan kem Harimau Selatan.

Advertisements

Biarpun beberapa kapten JDT sebelum ini seperti Jordi Amat dan Shahrul Saad turut tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan, pemain berusia 22 tahun itu mendapat kepercayaan pengendali pasukan, Hector Bidoglio untuk memakai lilitan kapten.

Advertisements
Advertisements

Lilitan kapten itu dianggap sebagai satu penghargaan kepada dirinya yang merupakan antara tonggak utama dan ayam tambatan pasukan. Biarpun baru mencecah usia 22 tahun, karakter dan sifat kepimpinan sudah mula dipupuk buat graduan Akademi JDT itu.

“Ya ini merupakan peluang terbaik buat saya dan ia satu penghargaan menjadi kapten buat JDT.”

Advertisements

“Saya tak anggap itu sebagai beban tapi saya anggap ia peluang berharga buat diri dalam karier untuk masa akan datang,” ujar Arif Aiman.

Dalam kempen Piala FA 2024, JDT ketika ini mempunyai kelebihan satu gol untuk mengesahkan slot ke final selepas mencatat kemenangan 2-1 dalam separuh akhir pertama. Kedah Darul Aman dibawah kendalian Nafuzi Zain bakal bertandang ke Johor Darul Ta’zim untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 pada Ahad, 4 Ogos kelak.

Advertisements

Sementara dua lagi pasukan iaitu Selangor dan Terengganu bakal berentap di Stadium MBPJ pada Sabtu, 3 Ogos kelak dalam misi meraih slot ke pentas final Piala FA 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram