Statistik Memukau Arif Aiman Bakal Buat Kim Pan-gon Terdiam & Berfikir
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dijangka bakal menjadi kunci utama dalam pasukan kendalian Kim Pan-gon menjelang perlawanan persahabatan dan juga Kelayakan Piala Asia hujung bulan ini.

Beliau merupakan tunjang utama pasukan ketika ini tatkala persembahan memukaunya di atas padang sering menjadi igauan buat barisan pertahanan lawan.

Anak jati kelahiran Maran, Pahang ini juga telah menjadi nadi buat Benjamin Mora tatkala kehebatan beliau telah membantu JDT untuk menjadi juara kumpulan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini.

Advertisements

Arif telah mencatatkan penilaian setinggi 6.95 di pentas berprestij Asia tersebut selain beraksi cemerlang dalam perlawanan terakhir menentang Ulsan Hyundai yang menyaksikan hantaran lintangnya telah memaksa pertahanan lawan melakukan kesilapan.

Ia telah menyebabkan bola tertolak masuk ke dalam gawang gol sendiri sekaligus menjadi gol kemenangan pasukan ketika itu.

Bukan itu sahaja, pemain bertubuh kecil ini juga tampil cemerlang dan konsisten dalam saingan Liga Super musim ini.

Advertisements

Hal ini jelas terpapar apabila Arif Aiman telah mencatatkan 5 bantuan gol dalam 6 perlawanan setakat ini sekaligus membuktikan kemampuan beliau untuk mencipta peluang buat pasukan.

Kecemerlangan pemain berusia 20 tahun ini yang mampu untuk bermain di pelbagai posisi termasuklah sebagai ‘wing-back’ dalam sistem Harimau Selatan telah membuktikan fleksibiliti beliau untuk memainkan peranan jurulatih dengan baik.

Beliau yang berada dalam senarai 29 orang pemain Kim Pan-gon sudah pasti ditagih khidmatnya selepas beraksi cemerlang ketika perlawanan persahabatan Tri Nations di Singapura sebelum ini.

Advertisements

Perlawanan persahabatan menentang Brunei dan Hong Kong menjadi medan terbaik buatnya untuk terus menambat hati pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi merebut kesebelasan utama pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram