Arif Aiman Buat ‘Homework’ Tambahan Setiap Kali Beraksi
Dunia
AzriHaziq/MakanBola
Advertisements

Pemain terbaik perlawanan akhir Piala FA 2022, Arif Aiman Hanapi berkongsi cerita tentang kemenjadian aksinya di pentas akhir semalam.

Dalam perlawanan semalam, jaringan Arif telah memberi motivasi terbaik buat JDT untuk membawa pulang Piala FA ke bumi Johod. Pasukan Harimau Selatan berjaya merangkul Piala FA selepas menewaskan Terengganu dengan keputusan 3-1.

Pemain berusia 20 tahun ini menjelaskan bahawa sehingga kini beliau masih tidak percaya beliau berjaya menembusi kesebelasan utama JDT. Bagaimanapun beliau bersyukur kerana diberikan peluang untuk terus beraksi.

Advertisements

“Saya tak sangka dan tak percaya saya mampu berada dalam skuad utama JDT. Rasa bersyukur bila berjaya dapat tempat dalam kesebelasan utama JDT.”

Mengulas lanjut berkaitan corak permainannya semalam, Arif menjelaskan bahawa beliau mengatur taktikal tersendiri dalam perlawanan kali ini. Beliau juga membuat beberapa ulangkaji tambahan berkait rapat dengan prestasi semasa dirinya.

“Sebelum-sebelum ini, selepas perlawanan, saya tengok balik corak permainan saya. Tengok mana salah, cuba betulkan dan cari cara lain. Pihak lawan juga ramai dah tahu saya main bagaimana. Jadi saya ubah taktikal saya untuk final ni,” ujar Arif ketika sesi sidang media pasca perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram