“Arif Aiman Bukan Satu-Satunya Key Player JDT” – Manzoor Azwira
Piala FA
Penang FC
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod cemerlang mereka dalam semua pertandingan yang disertai apabila layak ke separuh akhir Piala FA. JDT layak selepas menundukkan Penang FC dengan keputusan 5-0 pada aksi suku akhir yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Namun bagi pengendali Penang, Manzoor Azwira, beliau tetap berbangga dengan kesungguhan pemain dan beliau berharap perlawanan tersebut akan memberikan pengajaran buat anak-anak buahnya. Selain itu, Manzoor terkejut dengan corak permainan JDT yang jauh berbeza dengan apa yang beliau lihat dalam analisis video.

“Saya rasa patut berikan pujian kepada pemain saya. Walaupun kita kalah 5-0, kesungguhan yang mereka tunjuk dan mencuba, saya puas hati. Ianya satu pengajaran kerana minggu depan kita akan bertemu JDT lagi untuk Liga Super.

Advertisements

“Sebelum ni, kita hanya melihat (JDT) dalam video analisis. Hari ini kita dapat lihat depan mata, yang permainan JDT memang di luar jangkaan,” jelas Manzoor dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Ketika ditanya mengenai kawalan pertahanan ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman yang semakin longgar dalam separuh masa kedua, Manzoor berkata Arif bukanlah satu-satunya pemain JDT yang perlu dikawal ketat kerana ramai lagi pemain penting dalam pasukan tersebut yang turut dikawal.

“Saya rasa bukan Arif Aiman sahaja. Kombinasi pemain JDT ada Endrick, Diogo, Forestieri dan Bergson. Ramai pemain yang nak dikawal. Kalau pasukan lain mungkin ada dua atau tiga key player tapi di sini (JDT) hampir kesemuanya. Itu adalah fakta dan kita kena berusaha untuk atasi keadaan itu,” luah jurulatih berusia 46 tahun itu.

Advertisements

Penang akan meneruskan aksi Liga Super dengan sekali lagi berdepan JDT pada 3 Jun depan. Perlawanan ke-13 liga itu akan dilangsungkan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram