Arif Aiman Dan Luqman Hakim  Balas Kepercayaan, Buktikan Mereka Juga Punyai Sepasang Kaki
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Gandingan dua pemain muda di barisan serangan iaitu Luqman Hakim Samsudin dan juga pemain paling bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan Laos apabila menjadi watak penting buat Malaysia menundukkan lawan pada perlawanan kedua hari ini.

Malaysia turun dengan gandingan muda di bahagian serangan dengan Safawi Rasid memainkan peranan di bahagian sayap kanan nyata membuatkan pertahanan Laos tidak senang duduk dengan gerakan lincah mereka menyukarkan misi Laos untuk menekan pasukan negara.

Ini ternyata membuahkan hasil selepas tekanan yang dilakukan oleh Arif menyebabkan pertahanan Laos hilang kawalan sekaligus memberi peluang mudah buat Safawi yang tidak dikawal untuk menjaringkan gol pertama.

Advertisements

Bukan itu sahaja, larian-larian yang sering dilakukan oleh Luqman untuk menerima bola daripada rakan sepasukan berjaya membuka ruang buat rakan sepasukan masuk untuk mendapat kan jaringan.

Malaysia berjaya menambah satu lagi jaringan apabila sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar mudah disempurnakan oleh Safawi sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-79 selain gol cantik Shahrul Saad melengkapkan malam gemilang Malaysia.

Malahan, Arif sering memanfaatkan kelajuan yang dimiliki olehnya untuk menembusi bahagian sayap pasukan Laos apabila gerakan lincahnya gagal dibaca dengan baik sungguhpun beberapa peluang keemasan tidak disudahkan oleh barisan serangan negara.

Advertisements

Sungguhpun kedua-duanya baru berusia 19 tahun, namun kematangan dan kerja keras mereka di atas padang membantu Harimau Malaya terus bernafas bagi memungut 3 mata.

Ini juga bakal menjadi detik permulaan yang amat baik buat mereka dalam edisi sulung dalam kejohanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram