Arif Aiman Hadiahkan Ibunya Kereta Baru
Dunia
ariifaiman
Advertisements

Bintang muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi baru-baru ini telah menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru.

Dalam satu hantaran terbaru di laman Tiktok penjual kereta terkenal Hafis Naseer, beliau berkongsi detik manis ketika pelanggannya, Arif Aiman membeli sebuah kereta berjenama Proton untuk diberikan kepada bonda tercinta.

Pemain berusia 20 tahun itu turut menghadiahkan ibunya sejambak bunga sebagai tanda penghargaan dan tahniah atas penerimaan kereta baru tersebut. 

Advertisements

Kereta yang dihadiahkan itu merupakan model X50 Flagship, bewarna biru. Apa yang lebih menarik, no plat yang dipadankan di kereta itu adalah plat C, bertepatan dengan negeri kelahirannya iaitu Pahang Darul Makmur.

https://vt.tiktok.com/ZSRqQAKno/

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa senang melihat pencapaian Arif kini. Ramai dalam kalangan mereka yang memuji pengorbanan Arif buat keluarga tercinta. 

Advertisements

Ibu Arif kelihatan cukup gembira dan tersenyum mesra dengan penerimaan itu. Sesi penyerahan kereta baru itu dilakukan di perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram