Arif Aiman Hargai & Zahirkan Penghargaan Kepada Peminat
Dunia
MFL
Advertisements

Pemain paling bernilai (MVP) ABK 2021, Arif Aiman menyatakan rasa syukur dengan pencapaiannya musim lalu dan kemenangan pasukannya iaitu Johor Darul Ta’zim yang menjuarai Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2022.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim semalam, Arif telah diberi kepercayaan oleh Benjamin Mora untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan.

Gandingan Arif dan Matt Davies dibahagian sayap kanan jelas menunjukkan keserasian dan corak permainan berkelas dunia. Pasukan JDT acap kali membina serangan bermula di sebelah kanan padang yang akhirnya menatijahkan kepada jaringan.

Advertisements

Pada minit ke-26, Nazmi Faiz membuka akaun jaringan perlawanan apabila berjaya menanduk masuk bola ke gawang KL City. Arif dilihat amat tenang mengawal bola dikaki, mengelecek masuk sebelum membuat hantaran lintang tepat ke kepala Nazmi.

Jaringan pertama tersebut sekaligus merancakkan lagi intensiti serangan JDT. Dua jaringan seterusnya dijaringkan Fernando Forestieri pada minit ke-31 perlawanan dan Afiq Fazail pada minit ke-85.

Johor Darul Ta’zim berjaya menjulang trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah kali ketujuh sejak 2015. Kemenangan JDT 3-0 menewaskan KL City pada semalam menyaksikan pasukan Harimau Selatan itu memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan.

Advertisements

Arif dalam pada itu di ruangan Twitter dan Instagram miliknya menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua peminat bola sepak yang sentiasa menyokongnya kariernya.

Rata-rata penyokong bola sepak Malaysia membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat bintang muda, prospek terbaik negara ini. Tahniah & syabas Arif!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram