Aksi Konsisten Bersama JDT, Arif Aiman Kini Pemain Muda Termahal Liga Super
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kini sedang menikmati musim terbaiknya bersama pasukan kendalian Benjamin Mora sekaligus menjadi watak penting dalam usaha JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super buat musim kelapan berturut-turut.

Pemain muda berusia 19 tahun ini dilihat mampu untuk beraksi di bahagian posisi kiri atau kanan sebagai pemain sayap pasukan. Tambahan pula, persefahaman yang baik telah dibentuk bersama penyerang import dari Brazil, Bergson Da Silva menjadikan beliau pilihan utama untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Kecederaan yang melanda dua pemain sayap pasukan Harimau Selatan iaitu Safawi Rasid dan juga Ramadhan Saifullah membuka ruang buat pemain kelahiran Pahang ini membuktikan kemampuan beliau di atas padang.

Advertisements

Arif sememangnya seorang pemain yang sangat selesa mengawal bola di kaki selain berupaya untuk menewaskan lawan dalam perebutan satu lawan satu sememangnya memberi kelebihan buat JDT.

Beliau juga antara pemain muda tempatan yang mencatatkan minit permainan tertinggi di Liga Super. Pada musim ini, Arif telah bermain sebanyak 19 perlawanan termasuklah beberap perlawanan ketika beliau menjadi pemain gantian.

Ketika ini, beliau turut berjaya mendapatkan minit permainan berharga di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila bermain 5 perlawanan dalam kejohanan tersebut. Ini sekaligus memberi pendedahan awal kepada beliau untuk memantapkan aksinya pada tahu mendatang.

Advertisements

Pemain yang berketinggian 170 cm ini juga telah berjaya menjaringkan 3 gol dan melakukan 2 bantuan gol.

Arif Aiman juga kini muncul sebagai pemain sayap muda termahal dalam Liga Malaysia apabila nilai beliau mencecah 125,000 Euro ataupun bersamaan RM 600,000 .

Nilai ini mengangkat kedudukan pemain ini sehingga berada pada kedudukan ketiga di belakang dua pemain sayap JDT juga iaitu Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Advertisements

Tiga penampilan beliau bersama pasukan kebangsaan pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 meletakkan nilainya naik mencanak pada tahun ini.

Semoga beliau dapat terus memperagakan aksi konsisten bersama JDT dan juga pasukan kebangsaan setelah dikhabarkan bakal dipanggil bersama skuad kendalian Brad Maloney.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram