Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi kini menjadi pemain muda paling mahal di Malaysia.

Nilai pasaran Arif Aiman kini telah mencecah angka sejuta menyaksikan beliau berada di kedudukan ketiga dalam carta pemain Malaysia paling mahal.

Jika disemak di laman sesawang Transfermarkt.com setakat 19 Mei 2022, nilai Arif Aiman kini mencecah 300,000 Euro iaitu bersamaan RM 1.39 Juta.

Advertisements

Nilai Arif telah meningkat dimana sebelum ini pada November 2021, nilai Arif Aiman ialah 150,000 Euro bersamaan RM 600,000. Kemenjadian pemain paling bernilai ABK 2021 di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) baru-baru ini sekaligus telah menaikkan saham pemain muda berbakat ini.

4895831C F595 4D7B 873C 9587C3CF0654 Arif Aiman Kini Prospek Muda Termahal Malaysia
Transfermarkt.com

Konsistensi dalam setiap perlawanan yang ditampilkan pemain berusia 20 tahun ini pastinya menjadi sebab utama kenaikan nilai pasaran beliau. Arif kini sedang menikmati musim indah bersama skuad JDT menerajui carta Liga Super Malaysia 2022.

Khidmat beliau kini ditagih skuad kebangsaan, dalam usaha melayakkan skuad kendalian Kim Pan-gon ke pentas Piala Asia 2023. Watak Arif Aiman dalam kem Harimau Malaya semestinya menjadi taruhan utama bagi dua aksi persahabatan serta saingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia, Jun kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram