Tak Lalai, Arif Aiman Nak Kerja Keras Lagi
Dunia
MFL
Advertisements

Pemain muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mahu terus menggandakan usahanya untuk memacu kegemilangan pasukan sungguhpun beliau kini telah memberikan segalanya.

Persembahan anak jati Maran, Pahang ini terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) telah membuka mata ramai pihak mengenai kemampuan sebenar pemain ini.

Arif yang baru berusia 20 tahun memperagakan aksi yang amat mengagumkan buat pasukan Harimau Selatan sekaligus muncul sebagai juara Kumpulan l.

Advertisements

Beliau turut menjadi watak penting buat dalam perlawanan terakhir menentang jaguh Korea, Upsan Hyundai apabila hantaran beliau telah menghukum pertahanan Ulsan untuk menjaringkan gol sendiri pada minit terakhir permainan.

Walau bagaimanapun, dalam satu temubual, pemain bertubuh kecil ini mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki untuk terus mempamerkan aksi terbaik buat JDT.

Beliau juga mahu terus bekerja keras dalam memastikan prestasinya terus meningkat kerana masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Advertisements

‘Kalau nak dilihat dari segi persembahan saya masih banyak yang perlu diperbaiki.’

‘Saya juga masih tak berpuas hati dan mahu terus memberikan yang terbaik untuk perlawanan yang mendatang.’

Kecemerlangan Arif sejak musim lalu berjaya dikekalkan memasuki musim baru selepas turut cemerlang beraksi dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Bahkan, aksi di pentas ACL ini telah membuka mata tentang keupayaan dan potensi sebenar yang dimiliki olehnya untuk mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

JDT kini kembali fokus untuk terus bersaing dalam kancah Liga Super dalam usaha untuk mengekalkan kejuaraan domestik sebelum kembali ke pusingan kalah mati Ogos nanti berdepan Urawa Red Diamonds.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram