Arif Aiman Ni Tak Reti Penat Ke?
Dunia
Johor Darul Ta’zim
Advertisements

Pemain muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanafi terus membuktikan kemampuan sebenar apabila menjadi ayam tambatan buat skuad kendalian Benjamin Mora untuk kekal konsisten mencatatkan 15 kemenangan berturut-turut buat JDT sejak Mei 2021.

Setakat 4 perlawanan dalam saingan Liga-M musim ini, pemain yang berusia 19 tahun ini telah berjaya melakukan sebanyak empat bantuan gol. Kesungguhan yang ditampilkan prospek muda negara ini telah menjadi nadi kepada kemenjadian pasukan Harimau Selatan.

Bukan itu sahaja, dalam perlawanan Liga Super baru-baru ini, Arif menjadi watak penting buat JDT ketika menewaskan pasukan Terengganu. Menurut satu perkongsian daripada portal penganalisis sukan Malaysia, Atlead Pass, Arif telah mencatatkan satu statistik yang cukup baik apabila diberi rating sebanyak 7.17% dengan satu percubaan tepat dan bantuan gol berjaya dihasilkan.

Advertisements
https://twitter.com/atleadpass/status/1513322687300784134?s=21&t=8U3ruQQhujCetS8KmoHKww

Pemain yang memiliki teknik kawalan bola di kaki yang baik ini banyak kali berjaya mengelirukan pihak lawan melalui gelecekan serta body language nya yang sukar dijangka. Anak jati Pahang ini sekaligus telah menyukarkan pertahanan lawan untuk menyekat setiap pergerakannya. Kelebihan kaki kiri yang acap kali digunakan untuk membuat crossing juga dimanfaatkan Arif dengan sebaik mungkin.

Gandingan Arif Aiman dan penyerang import JDT, Bergson Da Silva juga terus hangat diperkatakan. Khidmat Arif ketika memberi ruang buat Bergson meledak telah menjadikan Bergson sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super setakat ini. Keserasian yang ditampilkan dua tonggak utama JDT ini telah membuatkan pihak lawan gentar.

Khidmat Arif Aiman pastinya akan terus ditagih pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak lama lagi. Johor Darul Ta’zim bakal menentang pasukan Guangzhou Evergrande sebagai aksi pembukaan ACL saingan kumpulan I pada Jumaat ini, 15 April 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram