Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mahu memberi lebih banyak kejayaan buat JDT pada masa hadapan.
Beliau yang dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan pada aksi final Piala FA selepas menjaringkan satu gol penting di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Arif menjelaskan sungguhpun beliau beraksi dengan baik namun masih banyak perkara yang mahu diperbiki dalam usaha menjadi pemain terbaik di Malaysia.
Pemain berusia 20 tahun itu turut mengakui beliau masih tidak berpuas hati dengan prestasinya dan mahu menambah baik beberapa aspek dalam permainannya.
“Saya takkan pernah puas hati selagi tak dapat apa yang saya rasa.”
“Saya mahu buat yang lebih baik dan kecapi kejayaan di pentas antarabangsa,” jelasnya kepada MakanBola.
Arif mahu membawa lebih banyak kejayaan kepada pasukan dan juga dirinya sambil menyimpan hasrat untuk menyerlah di pentas antarabangsa.
Kemampuannya untuk menjadi pemain yang digeruni dijangka terus membuka ruang buatnya menjadi sandaran JDT dalam usaha memburu Liga Super dan juga Piala Malaysia.