Arif Aiman, Suphanat Mueanta Kini Pemain Muda Paling Bernilai Di Asia Tenggara
Dunia
JST / Selangor FC/ Vietnam Plus
Advertisements

Selepas mempamerkan aksi luar biasa bersama Buriram United musim ini, pemain muda Thailand, Suphanat Mueanta berjaya menduduki tangga teratas sebagai pemain muda paling bernilai di Asia Tenggara dengan nilai 700,000 euro.

Untuk rekod, Suphanat yang baru berusia 20 tahun sudah pun menjaringkan 9 gol dalam 22 perlawanan dalam kesemua kejohanan yang melibatkan Buriram United. Statistik tersebut dijangka meningkat lagi selepas Suphanat dilihat semakin berbisa selepas pulang dari menjalani latihan bersama kelab Leicester City di England.

Pemain muda Malaysia yang kini beraksi untuk Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman berada di tangga kedua pemain muda paling bernilai di Asia Tenggara dengan kini bernilai 400,000 euro. Selain menjadi perhatian Asia, prestasi Arif juga dipuji beberapa permerhati bola sepak di eropah.

Advertisements

Statistik Arif pada musim 2022 ternyata menjadi titik tolak kepada kenaikan nilai beliau di dalam pasaran pemain. Untuk rekod, pada musim 2022, Arif telah mengharungi 38 perlawanan dengan berjaya meledak 8 gol dan menghasilkan 20 bantuan gol buat JDT.

Dengan konsistensi dan disiplin tinggi dimiliki Arif, beliau dijangka akan terus menjadi harapan utama JDT bagi menggerakkan pasukan dari bahagian kanan selain gandingan trio berbisa Bergson da Silva, Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri.

Advertisements

Manakala tempat ketiga pemain muda paling bernilai di Asia Tenggara adalah menjadi milik pemain pertahanan tengah Indonesia, Rizky Ridho yang bernilai 275,000 euro dan diikuti pemain muda Selangor FC dari Myanmar, Hein Htet Aung yang bernilai 175,000 euro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram