Arif Aiman Tak Sangka Dapat Robek Benteng Pasukan Eropah
Dunia
JST
Advertisements

Walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 1-4 kepada Borussia Dortmund dalam aksi persahabatan semalam, pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memanjatkan rasa syukur kerana berjaya menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Namun bagi Arif, beliau masih belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkannya semalam dan banyak lagi yang beliau perlu pelajari untuk menjadi pemain yang lebih baik pada masa akan datang.

“Sememangnya saya bersyukur apabila berjaya menjaringkan gol dan ia detik tidak boleh dilupakan kerana mampu merobek benteng pasukan terbaik di Eropah.

Advertisements

“Apapun, saya belum berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan kerana masih banyak lagi harus dipelajari dan bukan lagi sempurna malah ada kelemahan yang perlu dipertingkatkan untuk menjadi pemain yang baik,” jelas Arif.

Dalam masa yang sama, Arif menganggap perlawanan menentang Dortmund semalam akan menjadi pengalaman berguna buat beliau dan rakan sepasukannya di JDT. Mana tidaknya, umum mengetahui bahawa Dortmund sentiasa menjadi pencabar kepada kejuaraan Bundesliga di Jerman.

“Menentang pasukan kelab yang bersaing di Bundesliga memberi pengalaman terbaik buat saya dan rakan sepasukan untuk menimba ilmu dan mereka sudah ada nama di peringkat antarabangsa. Oleh itu saya kena berusaha lagi untuk memajukan diri kerana masih banyak ruang untuk belajar dari aspek teknik permainan,” luah Arif seperti dilaporkan Arena Metro.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram