Arif Aiman Tak Sangka Jadi Idola Kanak-Kanak
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pelbagai pencapaian yang dilakar Arif Aiman Hanapi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) FC menjadikannya pemain muda negara yang berjaya ketika ini. Tetapi pemain sayap berusia 21 tahun itu tidak menyangka dirinya menjadi idola kepada ramai penyokong termasuk kanak-kanak.

Selain menggondol pelbagai trofi di peringkat kelab, Arif Aiman juga turut meraih pelbagai pencapaian di peringkat individu. Salah satunya ialah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) untuk edisi 2021 dan 2022.

Dengan melihat semua pencapaian ini, tidak hairanlah ramai melihat beliau sebagai inspirasi. Bagi Arif, beliau tidak kisah dengan hal berkenaan selagi mana mereka tidak meletakkan jangkaan berlebihan ke atas dirinya.

Advertisements

“Saya pun tak mengharapkan apa-apa. Ya, kalau diorang nak mengidolakan saya, takpe. Sebab saya tak suruh diorang mengharapkan lebih daripada sayalah kerana kerja saya bermain bola, itu saja,” katanya kepada MakanBola selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala FA semalam.

Arif muncul wira JDT FC layak ke final dengan meledakkan hatrik bagi membantu tuan rumah membelasah Selangor FC 4-0. Satu lagi gol Harimau Selatan disumbang oleh penjaring terbanyak Liga Super, Fernando Forestieri.

Advertisements

Ramai mengharapkan Arif mengekalkan prestasi cemerlangnya sehingga ke akhir musim bagi menjadikan tahun 2023 sebagai medan menambah koleksi trofi yang dimenangi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram