Arif Fadzilah Kurang Berpuas Hati Dengan Aksinya, Akui Perlu Belajar Lebih Lagi
Blog
Terengganu FC Official
Advertisements

Walaupun posisi pertahanan kiri Harimau Malaya dilihat sinonim dengan Corbin Ong untuk beberapa tahun kebelakangan ini, namun prestasi Arif Fadzilah dalam dua perlawanan persahabatan di Amman Jordan ternyata boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke Piala AFF Disember depan.

Menentang Jordan dan Uzbekistan yang merupakan antara pasukan terbaik di rantau Asia ternyata bukanlah satu tugas mudah bagi beliau untuk mengekang segala serangan.

Arif mengakui bahawa kurangnya komunikasi antara pemain lama dan baru dalam kem kebangsaan menjadi punca utama prestasi hambar skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Dari segi permainan, saya tidak begitu berpuas hati kerana ini mungkin penampilan pertama saya bersama skuad kebangsaan dan saya kena belajar lebih lagi.

“Kesilapan tetap kesilapan tetapi dari segi komunikasi di antara pemain lama dan pemain baru juga seperti kurang seimbang” katanya kepada Stadium Astro.

Walaupun beliau kurang berpuas hati dengan prestasinya, namun beliau akui dapat banyak belajar daripada pemain berpengalaman seperti Aidil Zafuan dan Baddrol Bakhtiar.

Advertisements

Untuk rekod, Arif Fadzilah yang berusia 25 tahun merupakan tonggak utama pasukan Terengganu FC musim ini. Beliau turun beraksi dalam 19 perlawanan liga dan membantu Terengganu FC menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ke-4 keseluruhan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram