Advertising
Arsenal ‘Cuci’ Bilik Persalinan
Transfer
MakanBola
Arsenal

Arsenal dijangka menjual sembilan orang pemain termasuk seorang pemain tonggak dengan nilai jualan bakal mencecah £100 juta (RM584 juta).

Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan pengurusan The Gunners dibuat bagi menyeimbangkan semula akaun mereka selepas berbelanja besar dalam tetingkap perpindahan musim panas 2023.

Ad

Tetingkap perpindahan ini menyaksikan Jurrien Timber, Declan Rice dan Kai Havertz berpindah secara tetap ke Stadium Emirates. Manakala penjaga gol Brentford, David Raya menyertai Arsenal secara pinjaman.

Ad

Setakat ini, antara perpindahan keluar berprofil tinggi di Emirates ialah Granit Xhaka. Xhaka menyertai Bayer Leverkusen dengan yuran perpindahan £21.4 juta (RM125 juta).

Begitupun, beberapa nama lagi dijangka meninggalkan kelab seperti penyerang muda Amerika Syarikat, Folarin Balogun, Albert Sambi Lokonga, Nuno Tavares dan Nicolas Pepe.

Ad

Selain mereka, The Gunners juga dijangka mempertimbang tawaran lumayan buat bek tengah Gabriel Magalhaes. Bek tengah Brazil itu dikatakan sedang diintai kelab-kelab Arab Saudi dan Real Madrid.

Ad

Kesemua hasil jualan ini dijangka akan digunakan semula oleh pengurus Mikel Arteta bagi mendapatkan pengganti Timber. Pemain pertahanan Belanda itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika menentang Nottingham Forest.

Ad

Antara nama yang dicanang sebagai pengganti Timber ialah bek tengah England dan Crystal Palace, Marc Guehi.