Arsenal Kenduri Gol, Aubameyang Catat Hatrik
Dunia
Twitter: @Arsenal
Advertisements

Arsenal kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya mencatat keputusan baik pada aksi perlawanan pertamanya musim ini dalam saingan Carabao Cup bertemu pasukan dari Liga Divisyen 2 (EFL) iaitu West Brom.

Pierre-Emerick Aubameyang menjadi watak penting pasukan apabila membuka jaringan pada awal minit ke-17 permainan selepas sepakan deras dari Saka berjaya di tepis oleh penjaga gol West Brom, lalu disambar terus oleh kapten Arsenal itu.

Selepas jaringan pembukaan itu, pasukan West Brom terus memberi tekanan kepada barusan pertahanan The Gunners sehingga dihadiahkan sepakan percuma selepas Kolasinac menjatuhkan E.Ingram. Malangnya sepakan itu terkena benteng pertahanan Arsenal.

Advertisements

Sebelum tamat babak separuh masa pertama, Arsenal terus menambah derita West Brom apabila sepakan kaki kiri Nicolas Pepe yang terkena tiang gol disusuli tindakan bijak Aubameyang yang terus menyambar bola tersebut sekaligus berjaya menghasilkan gol kedua pasukan.

Pemain sayap Arsenal, Nicolas Pepe berjaya menghasilkan gol ketiga buat pasukan Arsenal selepas menerima kemas hantaran dari sebelah kiri beliau iaitu Aubameyang pada minit ke-45+1 permainan.

Pada aksi separuh masa kedua, Bukayo Saka berjaya menjaringkan gol buat pasukan. Saka yang menerima hantaran leret daripada Odegaard memanfaatkan peluang tersebut pada minit ke-50.

Advertisements

Pada minit ke-62 permainan, bekas penyerang Dortmund itu terus memberikan aksi terbaik apabila menjaringkan gol ketiga peribadi beliau dalam perlawanan tersebut.

Pada minit ke-69, Nicolas Pepe yang melakukan larian deras terus menghantar bola ke bahagian tengah kotak penalti West Brom sekaligus dimanfaatkan Lacazette. Lacazette berjaya menampan bola itu dengan kaki kanannya dan berjaya menghasilkan gol ke ? 

Perlawanan tamat, Arsenal 6-0 West Brom

Advertisements

Penyerang kelahiran Gabon itu sebelum ini tidak diturunkan dalam kesebelasan utama dalam saingan liga perdana Inggeris menentang Brentford kerana positif Covid-19 dan hanya diturunkan ketika aksi separuh masa kedua bertemu Chelsea tempoh hari. 

Keputusan bagi dua perlawanan sebelum ini merupakan mimpi buruk buat jurulatih Arsenal, Mikel Arteta apabila tewas mudah tanpa jaringan sekaligus menyebabkan pasukannya terpelosok di tangga kedua tercorot liga.

Kemenangan besar ini bakal menambah keyakinan pasukan Arsenal dan juga buat penyokong Arsenal yang kini kurang mempercayai kredibiliti Arteta. 

Advertisements

“Kami benar-benar kecewa kerana kami belum menang di EPL” 

“Apabila kamu kalah, yang paling penting adalah memenangi perlawanan berikutnya secepat mungkin, menjaringkan beberapa gol yang baik dan mendapatkan keyakinan, dan mendapatkan keputusan yang bersih.

“Aubameyang tampak tajam. Secara fizikalnya dia bukan dalam keadaan terbaik akan tetapi persembahan yang ditunjukkan sangat bagus malam ini.” jelas Arteta selepas tamat perlawanan

Pemain lain seperti Odegaard dan Saka juga perlu diberi pujian selepas memberikan aksi yang luar biasa dalam perlawanan tersebu. Tidak ketinggalan, penjaga gol baru Arsenal, Aaron Ramsdale yang membuat penampilan pertamanya bersama The Gunners berjaya mencatat rekod tanpa bolos.

Kemenangan besar ini penting untuk menaikkan motivasi pasukan menjelang aksi bertemu Manchester City bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sabtu ini. 

https://www.youtube.com/watch?v=3kIBSe8zmqA
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram