Ads
Arsenal Menderita Awal
EPL
Arsenal

Arsenal berdepan tugas sukar menjelang aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur pada 15 September ini.

Advertisements

Ini selepas pasukan yang dibimbing Mikel Arteta itu kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan penggantungan perlawanan.

Advertisements

Pemain tengah England, Declan Rice perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Ini selepas beliau mengutip kad kuning kedua semasa menentang Brighton pada 31 Ogos lalu.

Advertisements
Advertisements

Sementara Gabriel Jesus, Takehiro Tomiyasu, Kieran Tierney dan Mikel Merino pula terpaksa disisihkan akibat kecederaan. Kapten The Gunners, Martin Odegaard menjadi pemain terbaru yang menyertai senarai pemain yang cedera.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA (UNL) antara Norway dan Austria pada awal pagi 10 September.

Advertisements

Odegaard terpaksa dipapah keluar dari padang dengan bantuan staf perubatan. Dan bila ditanya tentang status kecederaan bekas bintang Real Madrid itu, jurulatih Norway, Stale Solbakken menyifatkan kecederaan buku lali yang dialaminya agak teruk.

“Kecederaan itu nampak teruk dalam bilik persalinan juga. Beliau (Odegaard) tidak memiliki keupayaan untuk meneruskan (perlawanan). Tidak pasti sama ada Arteta akan menghubungi saya dan memuji saya,” katanya seperti yang dilaporkan The Mirror.

Arsenal juga berpotensi tidak dapat memanfaatkan khidmat pemain pertahanan muda Itali, Riccardo Calafiori. Ini selepas pemain pertahanan berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan semasa kalendar antarabangsa.

Keadaan ini memaksa Calafiori menarik diri daripada menyertai kem pasukan Itali. Ketika ini, status kecergasannya masih lagi dinilai oleh pasukan perubatan Arsenal.

Advertisements

Selepas Spurs, Arsenal bakal membuka kempen Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan menentang Atalanta pada awal pagi 20 September. Ini disusuli aksi sukar menentang juara bertahan, Manchester City pada 22 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram