Arsenal Vs Brentford: Pengadil Terlupa Lukis Garis Ofsaid
EPL
Arsenal
Advertisements

Pendahulu EPL, Arsenal sekali lagi kecewa selepas diikat 1-1 dengan Brentford dalam perlawanan EPL semalam. Tetapi gol penyamaan yang dijaringkan Ivan Toney sepatutnya tidak dikira kerana ofsaid dan VAR terlupa untuk melukis garis ofsaid.

Arsenal mendahului menerusi bekas penyerang Brighton, Leandro Trossard pada minit ke-66. Tetapi Bees berjaya menyamakan kedudukan menerusi Toney lapan minit selepas itu.

Begitupun, pengurus Gunners, Mikel Arteta merasakan gol tersebut sepatutnya tidak dikira kerana ofsaid. “Saya baru melihat semula gol tersebut dan mendapati ia memang ofsaid.

Advertisements

“Ada mereka jelaskan kenapa ia tidak dibenarkan. Tidak. Ia memang mengecewakan tetapi mereka akan memberi penjelasan beberapa hari selepas itu. Hari ini, kami langsung tidak mendapatnya,” katanya.

Kemarahan bekas penolong jurulatih Pep Guardiola itu ada asasnya lebih-lebih lagi dengan pendedahan bekas pengadil, Chris Foy tentang kesilapan VAR dalam perlawanan itu.

Foy yang juga wakil PGMOL menyatakan pegawai VAR, Lee Mason terlupa melukis garis ofsaid semasa menyemak gol Toney. Sekiranya dia berbuat demikian, dia akan mendapati rakan sepasukan Toney, Christian Norgaard berada pada kedudukan ofsaid dan gol tersebut dibatalkan.

Advertisements

“Ivan Toney menjaringkan gol dan VAR Lee Mason memang membuat pemeriksaan. VAR melihat sama ada wujud kesalahan ofsaid dan sama ada Ethan Pinnock menghalang Gabriel semasa gerakan menjaringkan gol itu berlaku.

“Dia telah melihat pada kemungkinan kekasaran dan membuat keputusan tidak ada sekaigus keputusan pengadil Peter Bankes sah dan tiada kesalahan. Tetapi semasa gerakan menjaringkan gol itu berlaku, Christian Norgaad – hantarannya ditanduk oleh Toney – berada pada kedudukan ofsaid.

“Dan malangnya, kebenarannya ialah VAR tidak melukis garisan-garisan ini. Garisan-garisan ini tidak dilukis semasa pemeriksaan. Dan itu dikira sebagai kesilapan manusia. Jika garisan diletakkan atas padang, gol tersebut tidak akan dikira kerana ofsaid,” katanya.

Advertisements

Hujah Foy turut dipersetujui oleh legenda Newcastle United, Alan Shearer. “Lee Mason VAR. Dia panik.

“Dia mengambil terlalu banyak masa untuk melihat gol tersebut dan gagal mengesan kesilapan yang lebih besar iaitu hantaran yang membawa kepada gol. Ia satu kesilapan yang teruk,” katanya dalam program BBC, Match of the Day.

Walaupun seri, Arsenal masih memiliki kelebihan enam mata ke atas Manchester City dan lapan mata ke atas Manchester United. Tetapi itu boleh saja berubah sekiranya dua pasukan Manchester itu merekodkan kemenangan ke atas lawan masing-masing malam ini.

Advertisements

Arsenal bakal menentang Aston Villa yang dibimbing bos lama mereka, Unai Emery pada 18 Februari. Sementara Brentford pula menentang Crystal Palace pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram