Ads
Trivia

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta diketahui antara pemain tengah terbaik pernah disaksikan di Liga Perdana Inggeris (EPL) antara tahun 2005-2016.

Advertisements

Tetapi tahukah anda, Arteta tidak mempunyai satupun kap antarabangsa di peringkat senior, sesuatu yang boleh dianggap mengejutkan mengambil kira karier impresif dan reputasi hebatnya selaku jeneral padang baik ketika bersama Everton mahupun Arsenal.

Advertisements

Dia cuma pernah beberapa kali menyarung jersi pasukan remaja Sepanyol, di peringkat B-16, B-17, B-18 dan B-21.

Advertisements

Advertisements

Di mana silapnya, sedangkan pemain ‘biasa-biasa’ di EPL pun boleh bermain sehingga ke Piala Dunia, mengapa pemain sehebat Arteta tidak pernah mendapat ‘call-up’ skuad kebangsaan?

“Sebenarnya ada tiga kali saya begitu hampir untuk mendapat panggilan skuad Sepanyol, dua daripadanya saya mengalami kecederaan. Manakala satu lagi saya terpaksa akur nama ditapis walaupun sudah berada dalam senarai pendek.

Advertisements

“Saya mendapat mesej dari pasukan kebangsaan mengucapkan selamat berjaya dan memberitahu awak sudah begitu hampir untuk bersama kami.

“Sudah tentu, saya ada penyesalan tidak dapat mewakili negara saya, namun saya faham dengan jelas, kenapa saya tidak mendapat peluang itu kerana pada waktu itu, Sepanyol ada himpunan pemain tengah berkelas dunia, yang terbaik pernah disaksikan dalam mana-mana generasi. Saya akui, mereka mungkin lebih baik dari saya, ianya justifikasi mudah,” kata Arteta dalam rancangan “A Very Spanish Revolution” disiarkan Talksport.

Benar kata Arteta, ketika dia sedang terbang tinggi di EPL dan mengukuhkan reputasi, ketika itu jugalah bermula revolusi Sepanyol. Posisi tengah waktu itu digenggam erat Xabi Alonso, Sergio Busquets, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.

Pengendali pasukan, Vicente Del Bosque sudah seperti tidak ada idea mahu mencuba pemain lain di posisi tersebut, malahan pemain-pemain seperti Juan Mata, Cesc Fabregas, Santi Cazorla, David Silva, Javi Martinez dan ramai lagi hanya dipanggil untuk menjadi pelengkap skuad.

Arteta turut mendedahkan selepas gagal merebut tempat bersama Sepanyol, dia ditanya oleh Fabio Capello jika mahu bermain untuk England pada 2010, berikutan dia sudahpun menetap lebih lima tahun di United Kingdom dan layak menyarung jersi Three Lions.

Dia yang masih bersama Everton ketika itu, berminat dengan idea tersebut, namun sekali lagi kecewa gara-gara peraturan FIFA yang tidak jelas.

“Mereka (FA England) ada memanggil saya. Fabio Capello berjumpa dengan David Moyes ketika saya di Everton, kami berbincang dan sememangnya saya sangat berminat dengan peluang yang ditawarkan.

“Tetapi ada satu peraturan waktu itu yang mana sama ada UEFA, atau FIFA yang tidak membenarkan perkara ini. Kami telah membawa perkara ini ke mahkamah dan ia telah mencetus kekecohan besar.

“Saya masa itu memang sudah nekad mahu berperang dengan FIFA, namun pada akhirnya memutuskan untuk mencabar FIFA ia adalah satu perkara sangat besar dan akan menimbulkan masalah lain di kemudian hari.

Advertisements

“Ia tidak menguntungkan sesiapa apatah lagi saya sebenarnya masih ada peluang bermain dengan Sepanyol kalaupun tidak dapat bersama England. Malah secara jujur, saya tidak pernah putus asa menanti peluang dipanggil mewakili Sepanyol walau sekali sebelum gantung but tapi ia tidak berlaku,” ujar Arteta yang menoktahkan karier pada tahun 2016.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram