Artis Korea Ini Jatuh Cinta Dengan JDT
Dunia
Song Ah Unnie
Advertisements

Artis dari Korea Selatan, Chae Song Ah sudah mula jatuh cinta dengan pasukan gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Song Ah merupakan seorang pelakon Korea yang membintangi drama popular iaitu Good Doctor dan pelakon utama bagi filem Emergency Declaration. Beliau kini menetap di Johor dan bergiat aktif dalam bidang perniagaan selain sering memuat naik video dan berkongsi pengalamannya di Youtube.

Pelakon My Strange Hero ini menzahirkan kegembiraan dan keterujaan beliau setiap kali menjejakkan kaki ke SSI. Sebagai peminat setia JDT, Song Ah juga sudahpun berkunjung ke butik Southern Tigers untuk membeli jersi dan cenderahati-cenderahati rasmi JDT.

Advertisements

Ketika malam istimewa penyerahan trofi dan sambutan kejuaraan Liga Super JDT, Song Ah telah hadir ke stadium bersama anaknya. Beliau benar-benar gembira dan terpesona dengan sambutan luar biasa yang dipersembahkan JDT.

Video tersebut telah mendapat sambutan ramai apabila meraih tontonan hingga mencecah 137 ribu tontonan. Kira-kira 300 komen membanjiri video tersebut dan ramai peminatnya yang meninggalkan respon positif dan menggalakkan Song Ah untuk terus menyokong industri bola sepak Malaysia.

Difahamkan pelakon berusia 42 tahun ini turut membuka sebuah restoran di Johor Bahru yang dikenali sebagai Sae Ma Eul BBQ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram