Asensio ‘Gundah Gulana’, Bimbang Masa Depanya Di Real Madrid
Eropah
instagram: @marcoasensio10
Advertisements

Lumrah seorang pemain bola sepak pasti merasai tekanan mental yang tinggi jika tidak diberi peluang bermain ataupun tidak berada dalam perancangan jurulatih pasukan itu sendiri. 

Penyerang Real Madrid, Marco Asensio dilaporkan sedang tertekan akibat kurang minit permainan bersama pasukannya itu. 

Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja meledak hatrik dalam saingan La Liga menentang Mallorca pada aksi pagi tadi. Akan tetapi, sebelum ini beliau tidak diberi kepercayaan untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam enam perlawanan di semua pertandingan.

Advertisements

Namun, situasi buruk berlaku yang menimpa pemain antarabangsa Sepanyol itu sebelum ini oleh kerana mengalami kecederaan ligamen lutut ‘LCL’ pada musim 2019. Ia sekaligus menjadi punca utama prestasinya semakin merudum.

Menurut MARCA, Asensio juga mendapat banyak tawaran dari beberapa kelab besar seperti Tottenham dan AC Milan. Akan tetapi, beliau tetap ingin kekal di Real Madrid untuk memenangi trofi.

“Saya ada bersembang dengan Carlo Ancelotti mengenai perkara ini dan beliau mengatakan perkara positif kepada saya,” 

Advertisements

“Beliau mengatakan hal-hal yang baik dan saya tahu saya dapat belajar banyak dari apa yang dia dapat mengajar saya, kerana dia mempunyai banyak pengalaman.” kata Asensio 

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti baru-baru ini mengatakan sudah menjadi kebiasaan jika seseorang itu tidak berasa gembira kerana tidak dapat bermain dan tidak menjadi kebiasaan bagi pemain yang tidak bermain tetapi berasa gembira. 

“Mungkin dia tidak gembira, itu normal. Adalah tidak normal bagi pemain yang tidak bermain berasa gembira.” kata Ancelotti

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram